Isnin, 11 November 2013

Kita semua ada otak kalau masih hidup

Salam peminjam otak anugerah Tuhan.


Blog yang saya tulis ini lebih terbuka pada saya kerana ia lahir hasil dari rutin harian mendengar buah fikiran orang yang hidup sebantal dan seselimut dengan saya hampir empat tahun. Dia memang menjadi pilihan hati saya sebagai teman hidup kerana dia seorang pemikir yang sentiasa mencari kebenaran. Sampaikan saya rasa bersalah jika buah fikirannya hanya saya sahaja yang dengar al maklum lah dia belum lagi jadi Yang Berhormat untuk buat ucaptama di mana mana. Makanya,apa yang dilontarkan tatkala kami masak bersama di dapur,atau makan bersama di rumah atau di kedai,atau sedang memandu kenderaan( padahal saya duduk di belakang dengan anak kecil), saya pun muntahkan di blog ini untuk perkongsian. Jika ada yang membaca blog ini memang ingin mula belajar berfikir, maka silakan jadi pembaca tetap. Jika anda mencari bahan santai yang tak memerah otak, sini bukanlah tempatnya. Banyak blog di luar sana yang suka menceritakan kehidupan yang rata rata ikut ikutan tanpa pemikiran panjang namun menyeronokkan. Jika itu yang dicari ini bukanlah blog pilihan. Sekian untuk pengenalan. Buah fikiran pertama akan menyusul di entri seterusnya. Itupun jika mahu ransang otak berfikir untuk hidup dengan penuh penelitian bukan ikut ikutan.